kesilapan

satu kesilapan yang telah aku buat ialah sayang pada dia!
sayang..sayang..
sebab aku sayang pada orang yang salah
pada orang yang tidak sepatutnya aku beri sayang

mungkin memang satu kelemahan aku ini
mudah ditebak hatinya
tapi aku bukan manusia yang mudah terlena dengan ayat indah
aku cepat tersedar

doa yang aku pohon pada Allah setiap hari akhirnya terjawab
memang dia bukan yang terbaik untuk aku jadikan teman
Allah buka pintu hati dia untuk berterus terang dengan aku
Alhamdulillah aku terima dengan gelak tawa
dengan jiwa yang tiada belah bahagi

terima kasih Ya Allah
Kau pelihara aku buat satu-satunya pemilik tulang rusuk aku
yang aku tak pasti bila akan tiba hadirnya
tapi aku yakin pada janjiMU

perempuan ini.

hati perempuan kau jangan buat main,kelak kau yang runsing sendiri
kalau kau tak berniat nak buat dia halal di sisi kau jangan ditabur kata manja dan sayang
lagi satu aku ingatkan kau
jangan cuba bermain kata dengan perempuan melebihi 2 orang
kerana disitula bermula masalah yang akan membeban sepanjang hidup kau

bagi perempuan yang faham dan tau
tak mungkin dia menagih kasih dari yang tak sudi
bagi perempuan yang memang mudah ditembus tembok hatinya
kau fikirlah sendiri apa akan jadi seterusnya
kalau kau jumpa yang rela x mengapa,tp jika engkau jumpa yang sedia membalas dendam kau nahas!

tiada titik noktah

hidup kalau tiada perancangan
terumbang ambing lah kau

hidup mengharapkan bantuan org lain
tidak kemana lah kau

hidup tiada pedoman
sesatlah kau

hidup kalau takut
habis ditindas lah kau

hidup kalau menunggu tanpa usaha
ketinggalan lah kau

hidup slagi belom sampai ajal kau
berusahalah sedaya upaya untuk yg terbaik
jangan putus asa selagi belom mula

titik noktah kita masih jauh
teruskan sehingga penghujungnya....