risau

ok seriusly sbnrnye aku tgh risaukan adik aku sorang nie yg nk msk poli bln 6 nnt. adk aku nie ssh sket,mkn memilih n x pandai berdikari sgt...n paling2 aku risau skrng die x dpt dok asrama,means die kene menyewa luar. aku bkn x percaya die, tp aku risau, risau n risau. even aku yg brutal nie pon, 3 taun blaja ukm still dok asrama n klu bole xnk dok luar,plus aku tkt dok menyewa luar tambah la adk aku nie yg bru lg nk kenal dunia

bile aku cek yuran2 yg nk kene setel sblm msk poli nnt, seriusly aku risau jugak. aku risau cukup ke duit abah? mana abah nk cr duit byk nie?. aku igt mse mula2 nk msk ukm dlu abah bg cash rm1500 utk aku byr yuran etc. bayangkan duit klua mcm air. ya allah serisuly aku x boleh byngkan bape byk duit abah abes utk bg anak2 blaja.

now i know, how hard abah kerja nk bg anak2 blaja. abah bukan jenis suka pinjam2 duit orang nie. plus abah bkn suka anak2 blaja atas duit org lain.bia die ssh mcm mana pon, anak2 akan blaja pakai duit dia sendiri :')

alhamdulillah adik aku smbung blaja just after aku nk abes blaja.so mungkin beban abah akan kurang sket.aku berjanji ngan diri aku,pas abes blaja aku nk cr keje cpt2, nk kumpul duit byk2 nk bg kesenangan kat abah n mak pulak. n aku bercadang nk bg duit blanje kat adk aku yg blaja tu.even x byk cukup la sekadar utk kesenangan dia topup or beli brng2 die suka.

utk diri aku, cukup sekadar lepas utk hidup, ade duit utk byr hutang PTPTN, ade simpanan mse ssh, boleh bg mak abah duit, n boleh buat simpanan haji utk mak n abah.

tolong

tolong
tolong
tolong

bukan semua mampu tolong bila seseorang memerlukan pertolongan
kita akan sedar bila sampai satu saat sbnrnye kita sgt memerlukan pertolongan seseorang

mungkin kita rse dia xkn menjadi org yg akan tlg aku 1 hr nanti
but people! someday u will know!
betapa besar kuasa Allah
1 hr nanti, mungkin dialah org yg akan tolong kau

jgn sombong sesama manusia
x rugi pon.
igt la, nasib kita xkan selalu baik
ingat!

manusia berlagak tu biasalah.

orang kalau berlagak nie susah
so kita biarlah dia ngan dunia dia kan
selagi x mintak duit aku biarlah dia nk berlagak dengan harta benda dia ada tu

yg penting aku aku awesome!
eh?

rasa ini.

at least dia x lupa aku sebagai kawan
thanx.

teruskan selagi mampu tapi jangan kau kecewakan hati perempuan
sensitif tau?

utk kau wanita,
jangan kau risau
antara aku dengan dia kami dah letak sempadan
kalau dia jodoh kau kenapa perlu risau kan?

hiduplah dengan seadanya dengan apa yang kau ada sekarang
moga kau x menyesal kemudian hari
:)

kesilapan

satu kesilapan yang telah aku buat ialah sayang pada dia!
sayang..sayang..
sebab aku sayang pada orang yang salah
pada orang yang tidak sepatutnya aku beri sayang

mungkin memang satu kelemahan aku ini
mudah ditebak hatinya
tapi aku bukan manusia yang mudah terlena dengan ayat indah
aku cepat tersedar

doa yang aku pohon pada Allah setiap hari akhirnya terjawab
memang dia bukan yang terbaik untuk aku jadikan teman
Allah buka pintu hati dia untuk berterus terang dengan aku
Alhamdulillah aku terima dengan gelak tawa
dengan jiwa yang tiada belah bahagi

terima kasih Ya Allah
Kau pelihara aku buat satu-satunya pemilik tulang rusuk aku
yang aku tak pasti bila akan tiba hadirnya
tapi aku yakin pada janjiMU

perempuan ini.

hati perempuan kau jangan buat main,kelak kau yang runsing sendiri
kalau kau tak berniat nak buat dia halal di sisi kau jangan ditabur kata manja dan sayang
lagi satu aku ingatkan kau
jangan cuba bermain kata dengan perempuan melebihi 2 orang
kerana disitula bermula masalah yang akan membeban sepanjang hidup kau

bagi perempuan yang faham dan tau
tak mungkin dia menagih kasih dari yang tak sudi
bagi perempuan yang memang mudah ditembus tembok hatinya
kau fikirlah sendiri apa akan jadi seterusnya
kalau kau jumpa yang rela x mengapa,tp jika engkau jumpa yang sedia membalas dendam kau nahas!

tiada titik noktah

hidup kalau tiada perancangan
terumbang ambing lah kau

hidup mengharapkan bantuan org lain
tidak kemana lah kau

hidup tiada pedoman
sesatlah kau

hidup kalau takut
habis ditindas lah kau

hidup kalau menunggu tanpa usaha
ketinggalan lah kau

hidup slagi belom sampai ajal kau
berusahalah sedaya upaya untuk yg terbaik
jangan putus asa selagi belom mula

titik noktah kita masih jauh
teruskan sehingga penghujungnya....